Followers

Menghormati.

Arini aku nak cakap masalah sebilangan manusia yang tiada sikap menghormati. Sikap ni teramat perlu ada dalam diri manusia. Yela, hormat ni tak kire kepada sesiapa pon. Hormat kepada orang tua, hormat kepada kerjaya orang lain dan hormat kepada tugas orang lain. Ramai orang ckp budak budak muda ni tak pandai nk hormat orang tu. Ye, aku setuu tapi tak sepenuhnya sebab orang tu pon perlu hormat kat orang muda. Jangan fikir kalau orang tua kene hormat dan perlu takut kepada orang tua. Kalau perangai pakcik pakcik pon lebih kurang orang muda pon akan hilang rase hormat tu. Jadi kita semua perlu ade rase hormat tu dalam diri. Yang muda pon jangan la terlampau kurang ajar. Firasat aku la selama 18 tahun aku hidup mmg betol, jika kita hormat orang tak kire sape pon orang akan hormat kite gak. Dah, menjadi lumrah hidop sebagai seorang manusia. Tak kire la die tu sape. Bagi yang kaye pulak, jangan la terlampau sombong dengan orang yang tidak berkemampua. Mentang mentang kaye korang bole buat ape yang korang suke? Tolong la belajar menghormati orang. Pelajar dan guru pon same. Pelajar mmg la perlu menghormati guru dan guru pon same, perlu juga menghormati pelajar. Status pangkat tak penting pon yang penting HORMAT. Aku rase korang pon dah sedia tahu kan? Aku hanya nak memperingati korang sume dan diri aku gak. Aku lupe satu lagi, menghormati keputusan dan idea seseorang. Biasanye mnde ni jadi dalam satu perbincangan. Kalau kita tak boleh nak terima keputusan tersebut dan mengangap tak munasabah, jangan la memberi kata yang tak sesuai seperti mengejek dan marah kerana memberi keputusan atau idea yang tak masuk akal. Malah kita perlu cakap yang keputusan dan idea tu tak boleh diterima dengan cara yang elok. So, sampai sini dulu. Salam.

respect must always be within :)

No comments: