Followers

Kemusykilan di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan. Rasa sayu pulak hati ni nak meninggalkan bulan yang mulia ini kan? Memang dalam bulan ni bagi kita susah kerana menahan diri daripada makan dan minum tapi tu semua ujian daripada Allah S.W.T kepada hamba-Nya.

Semalam semasa aku sibuk cari tentang isu pembentangan untuk kumpulan Usrah, aku tergerak hati nak bukak mende ni. So, selepas aku baca baru lah segala kemusykilan aku. Antaranya ialah :

  • Tidak sah puasa apabila sesorang lupa berniat puasa di malam hari hingga terbit fajar kerana ia adalah syarat sah puasa. Namun begitu dia masih diwajibkan imsak di siang hari dan wajib qadha.
  • Menurut Mazhab Syafie, niat puasa Ramadhan perlu dilakukan tiap-tiap hari sebagai syarat sah puasa. Namun begitu untuk lebih berhati-hati dan jika khuatir terlupa, maka digalakkan berniat puasa Ramadhan pada malam pertama Ramadhan dengan berniat puasa seluruh Ramadhan dengan mengikut pendapat Imam Malik.
  • Sah puasa jika makan dan minum (bersahur) selepas waktu imsak sehingga pasti terbit fajar (masuk waktu subuh) kerana permulaan puasa ialah bermula dengan terbit fajar sadiq. Namun begitu berhenti makan dan minum sebelum waktu imsak adalah afdhal kerana mengikut sunnah dan sebagai langkah berhati-hati dan bersedia mempersiapkan diri untuk memulakan ibadah puasa. Yang dimaksud dengan waktu Imsak adalah waktu untuk menahan diri dari melakukan perkara-pekara yang membatalkan puasa, maka sebaiknya kita berhenti makan ketika waktu Imsak telah masuk. Rasulullah SAW dalam satu riwayat yang sahih menyebutkan, baginda setelah sahur sempat membaca 50 ayat Quran kemudian baru masuk waktu azan Subuh. Ini membuktikan bahawa tidak makan sahur hingga sampai saat azan subuh berkumandang. Wallahu A'lam.
  • Sah puasa seseorang yang bersahur meluahkan makanan yang ada dalam mulutnya ketika terbit fajar (azan Subuh). Batal jika ditelan dengan sengaja.
  • Sah puasa seseorang yang berada dalam keadaan berhadath besar dan belum mandi ketika masuk waktu subuh. Makruh jika melewatkan mandi hadath besar hingga selepas terbit fajar.
  • Batal puasa jika menelan dengan sengaja sesuatu walau sebesar biji sawi atau sisa makanan di gigi.
  • Orang yang berpuasa tetapi melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat dengan sengaja seperti meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat, mengumpat, berbohong, menonton acara hiburan yang melalaikan, melihat, membaca atau berbicara tentang perkara yang menimbulkan syahwat secara langsung atau tidak seperti melalui telefon, sms, internet, televisyen dan sebagainya adalah sah tetapi dikhuatiri tidak diterima oleh Allah kerana mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa. Puasa yang berfaedah dan diterima adalah puasa yang dapat mendidik jiwa dan mampu menggerakkan diri untuk mengerjakan kebaikan serta dapat membuahkan ketakwaan sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)

Tak salah kalau copy-paste sebab nak berkongsi ilmu :P
I'm sorry !

1 comment:

hudarahman said...

takpelah kalau niat awal dia pakai tudung tu untuk berfesyen. kita doakan semoga dia diberi kekuatan n hidayah untuk ikhlas menutup aurat kerana Allah. apa-apa pun, well said adikku.