Followers

Fobia Superhero

IRONMAN
Takot pada magnet akan melekat di pakaiannya yang diperbuat daripada besi. Jika ini terjadi, ciri-ciri aerodinamik kostum beliau akan terganggu lantas menyukarkan beliau untuk melaksanakan tugas sebagai superhero.

SPIDERMAN
Sudah semestinya dia akan menjauhkan diri dari penyembur racun serangga walau apa pun jenama. Hal ini disebabkan Spiderman memiliki DNA labah-labah yang sememangnya alah kepada penyembut racun serangga.

WOLVERINE
Walaupun kukunya diperbuat daripada logam paling keras di muka bumi namun beliau begitu fobia dengan pengetip kuku yang berharga seringgit di pasar malam. Pernah menjadi mangsa penderaan ayah tiri nenek saudara beliau yang menggunakan pengetip kuku untuk memotong rambut beliau sehingga botak.

CYCLOPS
Berkebolehan mengeluarkan pancaran laser daripada mata beliau amat fobia kepada cermin kerana cermin mampu untuk memantulkan balik laser kepada mata beliau.

SUPERMAN
Fobia kepada lampu isyarat warna hijau. Persamaan warna hijau dengan batu kryptonite akan membuatkan Superman lemah tak bertenaga.

ULTRAMAN
Beliau amat takut bila tiba waktu malam dan beliau akan terus balik untuk berehat sambil menonton tv sebelum memberus gigi dan tido. Ultraman tidak sesekali keluar pada waktu malam bukan kerana takut hantu tetapi kerana di waktu malam tiada matahari yang merupakan sumber tenaga.

INCREDIBLE HULK
Semasa beliau masih kecik pernah beberapa kali terjadi di mana pemancing menyangka beliau seekor katak pisang lalu mengcangkuk beliau di mata kail untuk dijadikan umpan memancing ikan haruan. Sebab itulah kini apabila Hulk terlihat mata kail beliau akau terus cabut lari lintang pukang.


Sekadar hiburan. HAHA !!

No comments: