Followers

Selamat Pagi Cikgu !

Gud morning all ! Kenape tajuk post aku 'Selamat Pagi Cikgu' ? HOHO. Arini aku nak cerite sikit kisah aku ketika zaman persekolahan. Cerita bermula dari Tadika Kemas. Semasa aku berumur 5 tahun aku belajar di Tadika Kemas Titian Berayong. Selepas umur aku 6 tahun aku di hantar ke Tadika Yayasan Kijal. Ubah selera la pulak. Adoi~ Aku tak tahu pape pon time tu. Mane mak ngan ayah aku hantar, kat situ la aku belajar. Ngeeee :) Aku masih ingat time aku 6 tahun tak silap la, aku duk ngn mak sedare aku selama sebulan dan mase tu aku disuruh bersekolah sementare di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris. Aku tak ingat mak ngn ayah aku pegi mane time tu. HUHU~

Urm, umur makin meningkat. Aku dah masuk darjah 1 dan aku mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kijal sehingga darjah 6. Bagi aku sekolah tu banyak kenangan yang tercipta bersama kawan kawan dan cikgu cikgu. Kat sekolah tu aku dah mula tinggal kat asrama. Aku duduk asrama time akhir darjah 5 dah dan sampai la darjah 6. Result UPSR? Erkkk! HEHE. Atas usaha aku yang memang aku tidak nafi kan time sekolah rendah aku betol betol nak cemerlang. Dengan usaha aku sendiri, penat lelah cikgu cikgu aku memerah keringat untuk aku, doa ibu bapa aku dan keberkatan dari-Nya, aku dapat 5A dalam UPSR 2005.

Berbekalkan result UPSR aku yang agak cemerlang, aku menerima tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai atau name komersil sekarang TePCES (Terengganu Premier Chukai Excellent School). Yeah, sebuah sekolah yang terbaik bagi aku. Macam macam kenangan dan pengalaman aku dapat kat sekolah ni. Suka dan duka bersama kawan dan guru kt sane. HEHE ! Urm, time PMR? HEHE ! Aku jujur la, result aku tak la sehebat korang la. Aku dapat 6A 1B 1C. Ape yang B dan C tu? B aku Sejarah dan C English. Memang aku akui Sejarah memang aku lemah dan English aku memang aku tak nafikan lagi. Mane ade entri aku sebelum ni dalam English. HEHE ! Tu je yang aku dapat dengan usaha aku semase PMR 2008. Aku masih ditempatkan di sekolah tersebut bila aku form4. Aku mengambil aliran sains. Subjek teras dah semestinya dan ditambah beban dengan Physics, Chemistry, Add Math dan subjek pilihan aku Lukisan Kejuruteraan. Mase aku form5 aku still ditempatkan dalam kelas yang same. Excellent !
Kelas tu memang banyak kenangan larhh ! Sumpah rindu time dalam kelas tu. Sume kepale sporting ! Kami gelarkan kelas kami 'The Excellent. Class of disaster' HEHE !

Dan sekarang? Aku dah bebas dengan suasana persekolahan dan sedang menunggu result SPM 2010. Macam mane la result aku. Dapat ke tak aku pegi METC ? Ohhhh, sangat merungsingkan kepala. Result dah dekat. Tak boleh ke lambatkan lagi tarikh result SPM tu keluar? Adoi~~ Takpe la, aku berserah kepada takdir dengan aku yang aku dah buat -.-'

That all. Babai.

2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

gud luk..:)
result xlame g je kuar...:)

hadi ashraf said...

Thanks !