Followers

Mati pucuk ? Ohh tidak !

Tadi aku bace Harian Metro online. *zaman dah maju, surat khabar pon dah ade dalam tenet. Tak payah buat kuar duit* Ngeeee~ Berbalik kepada ape yang aku nak cite. Penggunaan telefon bimbit bole mengakibatkan mati pucuk? Ohhh !! Amat merisaukan aku. Nak tahu lebih lanjut bace kat bawah ni.

  • Kajian mendapati pengguna yang membuat panggilan dari telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai jumlah sperma paling kurang dan paling rendah kualitinya.
  • Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma
  • kaedah penyimpanan dalam poket itu akan menghadapi pendedahan Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan badan.
  • Doktor percaya kerosakan itu mungkin disebabkan radiasi elektromagnetik telefon bimbit atau haba dihasilkan
  • penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor menyumbang kepada penurunan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan.
  • pengeluar telefon bimbit sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan. Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter dari tubuh.
  • menasihati orang ramai menggunakan ‘speakerphone’ supaya telefon berada dalam jarak 20 sentimeter daripada kepala.
  • Hasil kajian terkini Hospital Universiti di Orebro, Sweden menunjukkan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih boleh meningkatkan risiko tumor otak.
  • kajian yang diketuai Profesor Lennart Hardell itu menjelaskan ia berlaku memandangkan jarak otak yang hampir dengan antena radiasi dan berpotensi menyerap sejumlah tenaga elektromagnetik.
  • Menurut kajian itu, bagi setiap tahun penggunaan telefon bimbit, tumor otak meningkat sebanyak lapan peratus dan selepas lebih 10 tahun, terdapat 280 peratus risiko tumor otak.
Sumber : Presiden CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) , SM Mohamed Idris

Macam mane? Percaya atau tidak? Takot atau tidak? Jangan tipu aku la kalau ade yang tak pakai enset sekarang ni. Bole dikatakan semua dah menggunakan enset dan termasuk la aku. Aku? Woooo! Taknak mati pucuk broo :) HAHA !

No comments: